​REPORTING OF CROSS BORDER MOVEMENT OF PHYSICAL CURRENCY AND BEARER NEGOTIABLE INSTRUMENTS (CBNI)


Capture 00.JPG

What is a CBNI report?

Apakah laporan CBNI?

If you plan to carry Physical Currency or Bearer Negotiable Instrument (CBNI) amounting to BND 15,000 or more (or its equivalent in a foreign currency) into or out of Brunei Darussalam, you are required to complete a CBNI declaration report and submit it to the Customs Officer or the Immigrations Officer.

Jika awda ingin membawa Mata Wang Fizikal dan Instrumen Pembawa Boleh Niaga (CBNI) ke dalam atau keluar dari Negara Brunei Darussalam, yang berjumlah BND 15,000 atau lebih (atau nilai yang sama dalam mata wang asing), awda dikehendaki untuk mengisi borang laporan CBNI secara tepat dan lengkap dan diserahkan kepada Pegawai Kastam atau Pegawai Imigresen yang bertugas.

 

Who needs to declare?

Siapa yang diperlukan melapor?

Any individual who is carrying CBNI into or out of Brunei Darussalam amounting to BND 15,000 (or its equivalent in a foreign currency) or more shall be obliged to make a declaration.

Individu yang membawa CBNI ke dalam atau keluar Negara Brunei Darussalam atau menerima CBNI dari luar Negara Brunei Darussalam berjumlah BND 15,000 (atau nilai yang sama dalam mata wang asing) atau lebih, adalah dikehendaki melapor.

 

Which agency is responsible for enforcing the reporting requirement?

Agensi manakah yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan sistem deklarasi ini?

AMBD's Financial Intelligence Unit (FIU) enforces the reporting requirement with support from Government agencies such as the Royal Customs and Excise Department and Immigration and National Registration Department.

Unit Perisikan Kewangan (FIU) AMBD merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan sistem deklarasi ini, dengan sokongan dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Where can one obtain the CBNI report forms?

Di mana boleh mendapatkan borang CBNI?

The CBNI report forms are available at all checkpoints into and out of Brunei Darussalam or can be downloaded here.

Borang CBNI boleh didapati di kesemua pos kawalan di sempadan-sempadan Negara Brunei Darussalam atau dimuat turun sini.

Cap 07.png
Cap 08.png


What kind of information do I need to provide in the CBNI report?

Apakah jenis maklumat yang perlu saya berikan di dalam laporan CBNI?

The information required includes the particulars of the person giving the CBNI report as well as the type, amount, movements of the cash and the reason for the movement.

Maklumat yang perlu diberikan termasuk butir-butir mengenai orang yang membawa laporan CBNI, dan juga jenis, jumlah, pemindahan dan tujuan CBNI.

 

Where and how do I submit the CBNI report?

Di mana dan bagaimanakah cara untuk menyerahkan laporan CBNI?

For incoming travellers, you may hand the CBNI report to the Customs Officer at respective checkpoints. For departing travellers, you would need to submit your CBNI report to the Immigration Officer before departing Brunei Darussalam.

Bagi orang yang memasuki Negara Brunei Darussalam, laporan CBNI perlu diberikan kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pos kawalan. Bagi orang yang berlepas dari Negara Brunei Darussalam, laporan CBNI perlu diberikan kepada Pegawai Imigresen sebelum berlepas.